NeXT Steve Jobs

Pada tahun 1986, apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh syarikat yang diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam syarikat Apple. Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa, stesen kerja NeXT adalah maju dari segi teknologi, tetapi komputer itu tidak pernah berupaya memasuki aliran utama, khususnya kerana harganya yang mahal. Bagaimanapun, antara mereka yang mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik pengikut yang kuat kerana kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem pembangunan perisian berorientasi objeknya. Jobs memasarkan produk-produk NeXT kepada bidang-bidang saintifik dan akademik kerana teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet terbina).

NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer "interpersonal" yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli pengkomputeran "peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya membenarkan orang-orang berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah, ia akan mengatasi banyak masalah yang dihadapai oleh komputer "peribadi". Jobs telah dikritik kerana tidak memasukkan ciri-ciri perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal (menggelarnya "tali pusat ke syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada zaman ketika e-mel merupakan teks mudah kepada kebanyakan orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah satu contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah satu e-mel yang awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara sejagat, boleh diklik terbenam.

Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan estetik, ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada tahun 1993 selepas hanya menjual 50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya kepada pembangunan perisian dengan penerbitan NeXTSTEP/Intel.

Teknologi NeXT memainkan peranan utama dalam memangkinkan tiga peristiwa yang tidak berkait:

  • Jaringan Sejagat: Tim Berners-Lee mengembangkan sistem Jaringan Sejagat yang asal di CERN dengan stesen kerja NeXT. Ketegasan Jobs bahawa orang biasa harus berupaya menulis atur cara penggunaan "mission-critical" terlanggan merupakan asas Interface Builder yang dipergunakan oleh Berners-Lee untuk berbuat demikian dengan penulisan atur cara "WorldWideWeb 1.0"-nya.
  • Komputer NeXT dipergunakan dalam pembangunan permainan komputer Doom.
  • Kepulangan Apple Computer. Kebergantungan Apple kepada perisian kuno dan kesilapan pengurusan dalaman, khususnya ketakupayaannya untuk menerbitkan suatu penaiktarafan sistem pengendalian yang utama, mengakibatkannya hanya hampir mengalami kemuflisan pada awal hingga pertengahan dekad 1990-an. Pendirian Jobs yang maju mengenai terlalu mengharap Unix yang dianggap sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan agak ketinggalan pada dekad 1980-an, tetapi pilihannya akhirnya menjadi suatu asas yang kukuh dan boleh dikembangkan untuk sebuah sistem pengendalian. Apple kemudian memperoleh perisian itu dan di bawah pimpinan Jobs, mengalami suatu zaman pembaharuan.

Rujukan

WikiPedia: Steve Jobs http://www.beautymania.biz/2011/08/entertainment-p... http://www.apple.com/pr/bios/jobs.html http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Letter-f... http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Steve-Jo... http://www.apple.com/pr/library/2011/10/05Statemen... http://www.apple.com/pr/photos/execs/jobsphotos.ht... http://www.apple.com/stevejobs/ http://www.arcade-history.com/index.php?page=detai... http://upcomingpixar.blogspot.com http://www.businessweek.com/bwdaily/dnflash/oct200...